Membeli rumah boleh menjadi sangat menyeronokkan dan penuh keseronokan tetapi pada masa yang sama ia boleh menjadi mimpi ngeri dan tekanan juga.
Kebanyakan orang membeli rumah untuk memulakan keluarga, permulaan yang baru dan mempunyai platform untuk membuat pelaburan di Malaysia. Tetapi, perjalanan membeli rumah boleh menjadi jalan yang beralun jika anda tidak mempunyai pengetahuan yang betul mengenainya. Anda perlulah tips beli rumah pertama jika anda tidak ada pengalaman tentang pembelian rumah.
Beli hartanah perlu ada ilmu dan anda hendaklah berhati-hati supaya dapat memiliki rumah sendiri. Sinilah garis panduan tentang beli rumah pertama.
1. Membuat “Research” Sedikit Terlebih Dahulu
Idealnya, anda ingin memahami asas-asas harta kediaman di Malaysia seperti pelbagai jenis rumah dan jenis tanah yang ada, jenis pinjaman rumah dan garis panduan pinjaman serta kualiti pemaju yang baik.
Anda perlu melawat lokasi tapak rumah yang ingin beli untuk menilai adakah dekat dari tempat kerja ataupun mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam dokumen perjanjian.
Anda perlu research dengan bercakap dengan orang-orang yang tinggal di sana supaya anda dapat jawapan yang jujur terhadap soalan anda.
2. Berapa Banyak Duit Yang Anda Perlu Untuk Pembelian Rumah?
Secara asanya untuk membeli rumah pertama anda perlukan deposit sebanyak 10% daripada harga rumah. Contohnya jika rumah berharga RM400,000. Anda perlu ada tunai RM40K untuk deposit sahaja.
Apabila anda telah menemui rumah mampu milik yang anda suka, anda perlu mengambil kira yuran untuk dokumen perjanjian dan yuran guaman. Jadi, apa anda boleh buat? Anda kena membuat kira-kira sebelum anda membeli sebuah rumah.
3. Evaluasi Diri Anda
Anda boleh mula dengan mengira berapa banyak wang tunai yang ada di tangan anda. Jadi, anda boleh menggunakan cara kira loan rumah untuk membantu anda menyediakan bajet yang betul.
Kalau anda ingin beli rumah cepat, anda perlu membuat simpanan dan jangan berlebihan guna kad kredit jika anda ada. Selain itu, anda janganlah menjadi debt lovers kerana nanti susah nak bayar ansuran bulanan rumah.
Kalkulator loan rumah boleh membantu anda dapat kawal kewangan untuk mengetahui berapa banyak harga hartanah yang boleh anda beli. Mulakan kumpul deposit bermula dari sekarang dan buat keputusan lebih bijak!
4. Mendapatkan Pinjaman Rumah Anda
Adakah anda boleh “mampu” untuk membeli harta dan melayakkan pinjaman rumah berdasarkan tahap pendapatan semasa anda? Bagaimana untuk mendapatkan pinjaman perumahan anda diluluskan?
Bukan sahaja semak semula dan penstrukturan semula pinjaman sedia ada, tetapi anda perlu tahu cara menghitung nisbah servis hutang (Debt Servising Ratio) sebelum permohonan pinjaman rumah.
Pinjaman harta tanah tidak pernah diluluskan terlebih dahulu, jadi memberikan dokumentasi lengkap kepada bank jika anda ingin memohon pinjaman peribadi. Untuk mendapat kelulusan dengan cepat dan kadar faedah rendah, anda perlu membuat pembandingan tentang pakej-pakej daripada institusi kewangan dan bank.
Dengan pinjaman islamik, pihak bank melakukan pembelian atas pihak peminjam dan menjual semula harta tersebut dengan harga dan kadar keuntungan yang telah dipersetujui. Jadi, ini bukan “pinjaman” tetapi “pembiayaan”. Apa-apa pun, tengok rate offer yang anda dapat dan bandingkan.
Dengan pengeluaran kwsp untuk beli rumah, KWSP akaun 2 adalah salah satu simpanan untuk membiayai pembelian rumah. Oleh itu jika pinjaman perumahan penuh (100%) diperoleh, maksimum yang boleh dikeluarkan adalah sehingga 10% dari harga rumah.
Pastikan yang pinjaman anda diberi oleh syarikat yang berlesen ye. Selalunya anda memohon pinjaman beli rumah dengan bank, jadi tak ada masalah sebab bank memang dah berlesen pun.
Anda perlulah berwaspada dengan bajet juga kerana anda perlu gunakan wang anda sendiri terlebih dahulu, kemudian baru claim dengan KWSP.